,

Apabila Nabi Diminta Berdoa

ini yang Nabi lakukan

Antara sunnah Nabi Muhammad dalam komunikasi adalah apabila diminta oleh para sahabat supaya mendoakannya. Nabi terus mendoakannya tanpa menangguhkannya. Kecuali, apabila terdapat pilihan sebelum Nabi Muhammad mendoakan individu itu.

Contohnya dalam peristiwa seorang wanita yang ada sakit sawan datang kepada Nabi Muhammad dan meminta supaya Nabi mendoakannya sembuh dari penyakit itu.

Nabi beri pilihan sama ada bersabar dan Nabi memberi jaminan syurga atau Nabi boleh mendoakannya sembuh tetapi tanpa jaminan syurga.

Wanita itu memilih untuk bersabar supaya mendapat ganjaran syurga. Kemudian wanita itu memohon supaya mendoakannya apabila sakitnya menyerang tubuh badannya yang haram dilihat tidak terdedah.

Lalu Nabi Muhammad terus mendoakannya.

Dalam peristiwa lain, sewaktu Nabi sedang berkhutbah datang kumpulan orang mengadu tentang kemarau melanda tempat mereka.

Nabi Muhammad terus berdoa ketika itu juga.

Nabi Muhammad tidak berkata;
“Insya Allah, saya akan doa nanti.”

Bayangkan, apabila kita berkata kepada rakan kita, “Mohon doakan saya.”

Rakan kita terus menadah tangan, “Ya Allah, mudahkan segala urusan sahabat kami.”

Apa perasaan kita ketika itu?

Pengkaji hadith dan sirah Nabi dari sudut komunikasi, psikologi dan bisnes. Menulis dalam bahasa yang mudah. Maksudnya jelas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *