, ,

Bagaimana Gajet Menyebabkan Anak Degil Dan Tak Dengar Cakap

Dapatan kajian untuk bacaan

Kerajaan Korea keluarkan kenyataan. 680,000 kanak-kanak dan remaja berumur antara 10-18 tahun ketagih kepada videogames.

Dari kajian pihak Seoul University, jumlah sebenar adalah 5 kali ganda tinggi.

Golongan ini habiskan lebih dari 20 jam seminggu bermain video games samada di komputer atau di handphone.

Semasa membesar pada tahun 70an, gajet tiada. Games belum mampu dijengah. Milik anak-anak orang kaya.
Games terkenal pun PACMAN. Telefon masih perlu pusing apabila mahu mendial.

Tahun 90an keluarlah mobile phone.
Kalau tonton cerita Hong Kong akan nampak telefon Atur sebesar bekas air 3 liter.

Zaman kanak-kanak dihabiskan dengan aktiviti luar rumah. Main Ting Ting, tuju kasut, polis sentri & galah panjang antara mainan utama. Zaman itu kanak-kanak jarang sakit.

Zaman itu kanak-kanak pandai buat kerja rumah. Pandai buat kerja bantu orang tua. Zaman itu zaman anak-anak dengar cakap.

GAJET DAN PFC

Kebolehan dengar cakap dan patuh adalah tanda PreFrontal Cortex sudah besar.
Tanda CEO OTAK sudak aktif. Tanda ia hampir matang.

Bahagian ini bahagian terakhir yang lengkap semasa OTAK membesar.

Yang sempurna awal semasa zaman kanak-kanak ialah bahagian emosi –amygdala.

prefrontal-cortex-addiction-PUBLIC
kredit: http://neurosciencenews.com

Malangnya gajet dan games yang kanak-kanak main sekarang lambatkan lagi proses matang PFC.
Besarkan lagi peranan Amygdala.
Jadikan mereka makhluk emosional yang tidak faham dan reti dengar cakap.

PFC yang tidak matang jadikan mereka tidak faham erti tanggungjawab.
Jadikan mereka bertutur dahulu fikir kemudian atau impulsif.
Jadikan mereka lemah mengurus emosi.

PFC matang = kanak-kanak faham erti tanggungjawab
Amygdala membesar = kanak-kanak semakin emosional

PFC yang tidak aktif jadikan mereka suka kepada reward tanpa tapis. Mesti dapat laba. Mesti cepat reward itu diperoleh.

Apabila tidak dapat, terdengarlah suara yang sakit hati terasa. Terlihatlah memek wajah yang sakit hati terasa. Terpandanglah tingkahlaku yang melonjak geram ibubapa.

Oh ya. PFC penting untuk belajar.

Gajet dan games halang proses matangkan PFC. Belajar dan bermain gaya kanak-kanak dahulu besar dan matangkan PFC.

KESAN GAJET TERHADAP OTAK

Gajet seperti benda wajib. Tiada gajet seolah hidup tidak sempurna. Gajet umpama nyawa.

Kajian dari University of Gothenburg, Sweden timbulkan rasa gusar. Membaca laporannya membimbangkan.

Kajian mereka ke atas pelajar universiti. Berumur antara 20-24 tahun. Mereka mahu kesan guna gajet berlebihan ke atas pelajar-pelajar ini.

Kesan ke atas pengguna tegar adalah T.S.M:

T – Gangguan pada TIDUR. Gelombang OTAK menjadi tidak menentu. Tidur tidak nyenyak.
Bangun badan jadi letih. OTAK gagal menerima input pelajaran. Jadi blur.

S – Stres. Tingkatkan stres pada pelajar wanita. Muka berkerut berkedut. Hilang kolagen.

M – Murung. Tanda jelas pada pelajar lelaki. Simptom yang dilapor selalunya sakit badan. Bukan simptom emosi.

Tanda merudum prestasi OTAK sangat jelas. Apabila keputusan peperiksaan keluar, ada penyesalan muncul.

TSM adalah bukti dari kajian. Semuanya beri kesan kepada tahap kesihatan mental seseorang. Semuanya beri kesan pada OTAK manusia.

TINDAKAN

Sekarang sudah selesai saya terangkan. Kesan gajet pada otak. Bukan mitos. Bukan rekaan.
Ini semua dapatan kajian. Lihat kesan dan terangkan.

Pilihan ada di tangan. Anak kita tangungjawab kita.

Meraka ibarat kain putih. Corak apa hang mahu?

Senior Lecturer di UNIMAS. Pakar OTAK. Berkelulusan Ph.D. Saintis hebat mengkaji perihal tidur dan otak. Ilmunya sarat dan padat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *