, ,

Bagaimana Kita Merosakkan Otak Anak-Anak

aduh, taubat tak buat dah

Usai solat jumaat hari ini saya mengambil jalan lain dari kebiasaan. Laluan ini perlu melintasi sekolah. Kelihatan di kiri kanan sekolah penuh dengan pondok-pondok segera serta penjaja bergerak menjual makanan ringan. Pondok-pondok yang uzur dan penjaja bergerak ini menjadi tumpuan pelajar-pelajar sekolah. Kelihatan di dalam dan bahagian depannya bergantungan makanan ringan pelbagai jenis dan jenama.

Di dalam kantin pun makanan yang hampir sama di sajikan. Bagi penjual, ianya adalah hasil berganda. Bagi pelajar ianya menjanjikan nikmat segera.

Saya selalu berpesan pada anak-anak untuk hindari dari mengambil makanan ringan. Tiada khasiat. Penuh dengan lemak, rasa masin dan manis.

Penuh kalori.

Saya ceritakan pada anak-anak dengan menunjukkan gambar-gambar otak serta kesan apa yang akan berlaku andainya mereka mengambil makanan ringan dan minuman berkarbonat, minuman dalam tin dan kotak.

Saya lanjutkan perkhabaran keburukan makanan ringan dengan mengatakan pada mereka makanan ringan boleh menyebabkan otak mengecil. Ya! Otak boleh mengecil.

Ramai yang sayangkan anak-anak tapi ramai juga tidak sedar bahawa mereka menjadi peracun bersiri pada otak anak-anak.

Maksudnya? Merekalah menjadi tukang beli racun-racun ini dan menyuapkan ke mulut anak-anak.

Kenapa begitu? Makanan ringan yang kita beli atau benarkan anak-anak mengambilnya menjadi penyebab kepada tempat takungan memori di dalam otak yang bernama hippocampus mengecil.

Hippocampus adalah pusat pembelajaran perkara-perkara baru di dalam otak.

Kalau tempat takungan memori mengecil, otak keseluruhannya mengecil, hantarlah ke mana-mana pusat tusiyen atau seminar untuk memandaikan dan mematangkan anak-anak, nescaya ianya hanya sia-sia.

Kita juga mengeluh kenapa anak tidak pandai. Habis semua seminar dijajah. Semua pusat tuisyen tersohor di singgah tapi anak-anak masih tidak berubah.

Jadi, bagaimana mahu mengatasi perkara ini? Jalan ringkasnya ialah:
1. Jauhi makanan dan minuman ringan.
2. Perhati dan teliti apa yang anak-anak makan.
3. Bekalkan maklumat makanan alternatif yang sihat untuk otak pada anak-anak.
4. Sediakan makanan alternatif yang sihat untuk otak kepada anak-anak.
5. Kita juga perlu tukar kepada makanan yang sihat untuk otak.

Kalau sayangkan anak, jaga otak mereka. Anak-anak yang mengambil makanan ringan 50% lebih tinggi terdedah kepada penyakit mental seperti, kemurungan, skizophrenia, Attention Deficit Hyper Disorder (ADHD) dan Kecelaruan Bipolar.

Oleh itu jauhkanlah anak-anak dari makan makanan ringan.

Senior Lecturer di UNIMAS. Pakar OTAK. Berkelulusan Ph.D. Saintis hebat mengkaji perihal tidur dan otak. Ilmunya sarat dan padat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *