,

Bagaimana Makan Epal Dengan Cara Yang Betul

wax epak boleh sebabkan kanser

Tengahari waktu sibuk. Ada keluar makan. Ada ambil anak balik sekolah. Ada juga makan di ofis.

Makanan pula pelbagai. Ikut selera. Atau ikut apa yang ada.

Lepas zohor tadi aku lepak di masjid. Kebetulan ada rakan. Mahu ajak berbual sebelum masuk ke ofis semula.

Dalam berbual dia keluarkan epal. Sudah dibuang kulit. Besar. Mesti kenyang.

Apabila dimamah merecik jus buah itu. Meleleh leleh jusnya. Teman in ipula sentiasa menyapu mulutnya.

Aku tegur. Kenapa buang kulit. Dengan pantas dia jawab ada wax.

Betul epal disalut wax. Kulit nampak berkilat. Epal tahan lama.

Kulit epal ini wajib makan. Pada kulit ada QUERCETIN. Bahan ini penting untuk tingkatkan KUASA MEMORI.

apple wax
sumber: stepintomygreenworld.com

Wax pada epal boleh dibuang. Caranya:

1. Masukkan air suam dalam bekas.
2. Campurkan satu sudu air perahan lemon
3. Masukkan satu sudu baking soda.
4. Gosok perlahan-lahan. Wax akan keluar dengan mudah.
5. Bilas dengan air bersih.
6. Ngap dengan bangganya.

Senior Lecturer di UNIMAS. Pakar OTAK. Berkelulusan Ph.D. Saintis hebat mengkaji perihal tidur dan otak. Ilmunya sarat dan padat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *