, ,

Berdengkur Kecilkan Otak

Bahaya Pada Pendengar Dengkur

“Saya dah tak tahan. Setiap malam. Bila dia tak de saya selamat”, bunyi satu mesej yang masuk beberapa bulan lepas.

Mesej terhenti di situ. Berderau baca mesej ni. Apa aku nak balas.

Aku tunggu lagi. Tiada tambahan. Aku balas tanpa mahu fikir yang bukan-bukan.

“Maaf boleh jelaskan?”, Ringkas balasanku.

Tiada balasan. Senyap. Sunyi.

“Maaf saya tertidur. Letih tak cukup tidur. Suami asyik berdengkur.” Balas mesej tersebut.

Mesej dari Puan Jay. Sudah 7 tahun berumahtangga. Sengsara selama 7 tahun.

Penangan dari bunyi enjin motorbot yang dikeluarkan oleh sang suami. Setiap malam tanpa henti. Tanpa nanti.

3 tahun lebih kerja di Canberra Sleep Lab masakkan aku dengar bunyi berdengkur ini. Kerja aku pasangkan elektrod pada kepala pesakit.

Aktiviti otak mereka direkod semasa mereka tidur. Kesan pada otak orang yang berdengkur sudah masak sangat.

Tapi macam mana dengan peneman di katil pasangan yang berdengkur? Ada kesan tak?

Mungkin soalan itu yang terlintas di kepala sesetengah orang.

Kesan berdengkur pada si pendengkur ialah ia kecilkan otak. Bahasa kasarnya ialah dengkur BODOHkan si pelakunya.

Tukang dengar dengkur pun alami nasib sama. Selain dari kemurungan, darah tinggi, penyakit jantung, pendengar setia bunyi malam-malam juga akan jadi BODOH.

Kenapa begitu? Puncanya ialah kurang tidur. Oksigen terhalang dari masuk otak.

Gangguan pada Prefrontal Cortex – CEO pada otak. Bukan itu sahaja, ia bukan ruang pada bakteria masuk ke otak. Mudah kena jangkitan pada otak.

Kalau berdengkur, dapatkan rawatan. Kesan pada otak MENAKUTKAN.

Berdengkur bukan sekadar bunyi bunyian. Ia mengundang keMATIan.

Senior Lecturer di UNIMAS. Pakar OTAK. Berkelulusan Ph.D. Saintis hebat mengkaji perihal tidur dan otak. Ilmunya sarat dan padat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *