,

Elakkan Nama, Label, Tajuk Terlalu ‘Hype’.

sunnah komunikasi cara Rasulullah

Hype bermaksud promosi yang berlebih-lebihan dan melampau. Nama dan label yang hype mempunyai risiko tertentu.

Nabi Muhammad (bacalah selawat) pernah menukarkan nama seorang wanita yang membawa maksud yang terlalu ‘hype’. Seorang wanita bernama Barrah datang berjumpa Nabi Muhammad. Barrah bermaksud ‘wanita yang paling baik.’

Nabi Muhammad pun berkata, “Janganlah tuan-tuan memuji diri sendiri, Allah lebih tahu orang yang paling baik dalam kalangan tuan-tuan.” Orang ramai bertanya, “Apakah nama yang sesuai untuk beliau?” Nabi Muhammad menjawab, “Zainab.” Rekod Sahih Muslim.

Begitu juga apabila Nabi Muhammad memuji. Baginda tidak menggunakan kata sifat yang sempurna. Contohnya seperti perkataan, pintar, bijak, rajin dan sebagainya.

Ubay bin Ka’ab menceritakan bahawa Rasulullah berkata kepadanya, “Wahai Abu Munzir, adakah kamu tahu ayat manakah daripada Kitab Allah yang paling agung daripada hafalan kamu?”

Saya menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih tahu.” Nabi berkata lagi, “”Wahai Abu Munzir, adakah kamu tahu ayat manakah daripada Kitab Allah yang paling agung daripada hafalan kamu?”

Saya menjawab;
الله لا اله إلا هو الحي القيوم

Ubay memberitahu, “Beliau pun menepuk dada saya lalu berkata, “Demi Allah, ilmu menjadikan kamu bahagia, wahai Abu Munzir.” Sahih Muslim

Nabi Muhammad tidak berkata, “Kamu sungguh pintar.”

Apakah kesan buruk apabila kita letak nama, label, tajuk yang hype?

Pengkaji hadith dan sirah Nabi dari sudut komunikasi, psikologi dan bisnes. Menulis dalam bahasa yang mudah. Maksudnya jelas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *