, ,

Kalau Boleh Makcik Ulang Hidup Ini, Makcik Akan…

Pagi ini mata berkaca. Dengar cerita Hajah Salhah. Beliau kusantuni ketika menunggu Pusat Dialisis dibuka.

Berseorangan di atas kerusi roda. Tidak ditemani cahaya. Duduk diam Hajah Salhah menunggu pintu dibuka.

Dia kudekati. Mahu tahu kenapa bergelap begitu. Rupanya ditinggalkan sang anak yang bergegas ke tempat kerja.

Dalam bual, mata Hajah berkaca. Dititipkan cerita duka. Angkara ingin sedap kini hidup derita.

Pesannya dalam linangan air mata- sedap itu sementara. Apabila sakit panjang sekali laranya.

“Kalau boleh makcik ulang hidup ini, makcik akan jaga makan. Jaga tidur. Mahu bersenam.”

“Tolong pesan pada yang muda-muda lagi. Jaga diri. Apabila muda kita rapuh, tua nanti menunggu berkecai”

Hebat bahasa Hajah. Maklumlah orang berjawatan. Pernah menulis cerpen dan puisi.

Pintu pusat dibuka. Cahaya dalam menerjah keluar. Staf pusat membawa Hajah ke dalam. Makin mengecil imejnya di depan mata.

Aku melangkah. Dalam kepala penuh bicara. Kalam bersama Hajah mesti disuratkan. Pesan Hajah mesti disampaikan.

Ku pernah berkata “Sedap itu hanya di lidah. Apabila sakit ia merata ke seluruh tubuh”.

Senior Lecturer di UNIMAS. Pakar OTAK. Berkelulusan Ph.D. Saintis hebat mengkaji perihal tidur dan otak. Ilmunya sarat dan padat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *