,

Marah Nabi Muhammad

Reaksi Nabi(baca selawat) Apabila Marah

Nabi Muhammad (bacalah selawat) sangat konsisten dalam berkomunikasi. Apabila Nabi melakukan bentuk komunikasi sekian untuk situasi sekian. Nabi Muhammad akan sentiasa konsisten melakukan demikian.

Antara tingkah laku baginda yang konsisten adalah marah. Bagaimanakah tanda Nabi Muhammad marah? Baginda akan menunjukkan wajah tidak suka, sehingga wajah merah.

Berdasarkan rekod-rekod hadith, Nabi Muhammad marah dalam dua situasi.

Pertama, apabila melibatkan aqidah, pegangan dan ibadah penting. Nabi Muhammad pernah marah yakni wajahnya merah apabila bercakap ketika Saidina Umar al-Khattab meminta izin untuk membaca kitab Taurat dan pegangan aqidah umat Islam masih di peringkat awal.

Nabi juga menunjukkan wajah tidak suka apabila melihat Saidatina Aisyah membeli bantal yang ada gambar. Gambar di zaman Nabi adalah salah satu bentuk pemujaan.

Kedua, apabila melibatkan kemaslahatan orang ramai. Wajah Nabi bertukar merah apabila mendengar aduan dari sahabat yang membaca surah yang panjang dalam solat memandangkan dalam jemaah ada orang tua dan memerlukan hajat.

Nabi Muhammad juga marah kepada sahabat yang telah membunuh orang kafir yang mengucap syahadah. Sahabat itu menganggap tindakan orang kafir itu untuk mengelak supaya dibunuh.

Nabi Muhammad juga menunjukkan wajah yang merah apabila melihat ludah melekat di dinding masjid. Lalu datang wanita membersihkannya.

Marah Nabi Muhammad dengan diam dan menyampaikan maklumat.

Pengkaji hadith dan sirah Nabi dari sudut komunikasi, psikologi dan bisnes. Menulis dalam bahasa yang mudah. Maksudnya jelas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *