,

Orang Kritik, Orang Cabar, Orang Ugut. Bagaimana Nabi Respon

Begini Jawapan Nabi s.a.w.

Bagaimana Nabi Muhammad respon orang mengkritik peribadi beliau?

Mengkritik tidak sama dengan mencabar dan mengugut. Hal itu ada kalanya sukar dibezakan. Mengapa ia sukar dibezakan? Lazimnya kita akan dipengaruhi oleh emosi kita sendiri. Apabila kita dipengaruhi oleh emosi, kita akan bertindak diluar daripada rasional kita sendiri.

Dalam sebuah kisah, Usamah bin Zaid melaporkan bahawa suatu hari Nabi Muhammad menunggang keldai menuju ke satu tempat. Dalam perjalanan, Nabi Muhammad melihat kumpulan orang Islam, orang kafir dan Yahudi dalam satu majlis. Apabila sampai di tempat itu, debu-debu daripada keldai Nabi Muhammad terkena pada majlis itu. Kemudian Nabi Muhammad turun dan memberi salam kepada mereka. Nabi Muhammad telah membacakan beberapa ayat Al-Quran.

Lalu Abdullah bin Ubai bin Salul yang dikenali sebagai orang munafiq berkata, “Hei orang itu, tidak ada yang lebih baik daripada ajaran kamu itu. Sekiranya benar apa yang kamu katakan, janganlah mengganggu majlis kami ini, kamu pulanglah ke tempat kamu dan sesiapa yang datang kepada kamu, ceritakanlah kepadanya.”

Abdullah bin Rawahah berkata, “Wahai Rasulullah, datanglah ke tempat kami, kami suka.”

Kemudian, orang Islam, orang kafir dan orang Yahudi mula bertengkar sehingga mereka hampir memaki hamun sesama mereka. Lalu Nabi Muhammad berusaha meleraikannya. Kemudian, Nabi Muhammad meneruskan perjalanan sehingga sampai ke rumah Sa’ad bin ‘Ubadah. (Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim)

Apabila Abdullah bin Ubai mengkritik dan memperli Nabi Muhammad, adakah beliau membalas dan menjawab kritikan itu? Tidak. Adakah ‘mamat’ itu akan terus sedar apabila Nabi Muhammad membalas dan menjawab kritikan itu? Tentu ada sebab mengapa Nabi Muhammad tidak bertindak demikian.
Bagaimanakah situasi apabila Nabi Muhammad dicabar atau diugut?

Antara orang ‘gedebe’ di Mekah ketika itu adalah Ubai bin Khalaf. Suatu hari dia sedang bermain dan menggosok kudanya. Lalu datang Nabi Muhammad melalui kawasan itu. Ubai berkata kepada Nabi, “Hei Muhammad, dengan kuda ini, aku akan bunuh engkau!”

Nabi Muhammad menjawab, “Tidak! Aku yang akan bunuh engkau.”

Nabi Muhammad berjaya membunuh dia dalam satu peperangan.

Apabila dikritik Nabi Muhammad diam sahaja dan buat kerja. Apabila dicabar, Nabi Muhammad menjawab cabaran itu.

Pengkaji hadith dan sirah Nabi dari sudut komunikasi, psikologi dan bisnes. Menulis dalam bahasa yang mudah. Maksudnya jelas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *