,

Pesan Pak Tua

Kalau di atas menyusup, kalau di bawah melompat

Saya berjumpa Pak Tua. Seorang matang usia. Dia duduk di anjung. Srrrupp. “Pekat weh kopi ni”.

“Assalamualaikum Pak Tua”.

“Waalaikumussalam, mari naik”.

“Sedap minum kopi. Kopi mana ini”. Saya buka bual bicara.

“Entahlah makcik kau beli dari mana. Pekatnya lain macam”.

Pak Tua mula bercerita. Usianya sudah cecah 70an. Anak-anak besar panjang. Tinggal berjauhan.

“Kau tengok sawah padi di sana”. Dia menuding jari ke hadapan.

“Ya, nampak”.

“Masa aku muda dulu, itulah tempat kami bermain. Tangkap ikan, mandi lumpur. Tiba musim menuai lagi meriah”.

Saya angguk.

“Sekarang sudah jadi tanah usang. Tak ada siapa mahu uruskan”.

“Sekarang senang Pak Tua. Beli beras depan mata”. Saya mencelah.

“Itulah yang aku nak beritahu. Dulu nak dapat sesuatu payah. Masa menunggunya lama.
Sekarang semua siap sedia. Budak muda tak pernah kisah susah payah. Sab..”.

Pak Tua capai cengkodok dalam mangkuk. “Makan dulu, nanti sejuk tak sedap”.

“Kat mana aku berhenti tadi?”. Pak Tua tanya.

Saya cuba ingat kembali. “Budak muda tak kisah”.

“Haa betul. Budak muda sekarang tipis kesabarannya. Semua mahu segera. Nak makan mee segera. Nak kaya skim cepat kaya”.

Pergh. Sempat lagi dia bidas. “Apa pesanan Pak Tua. Saya mahu tulis di FB”.

“Kau tulis begini”.

“Kalau di atas menyusup, kalau di bawah melompat”.

“Apa itu Pak Tua?”. Garu kepala yang tak gatal. Macam lari topik saja.

Pak Tua sambung, “Maksudnya pandai-pandailah sesuaikan diri. Kita berubah zaman. Aku boleh beri pesanan. Namun kamulah yang tahu kesesuaian”.

Written by Wan Yusof

Merupakan bapa kepada dua orang anak. Mengkaji ilmu parenting dari pelbagai sumber. Berkongsi untuk berbakti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *