, ,

Petua Power Up Tubuh

Resipi Limau Kasturi dan Madu

Hasil tangkapan petang tadi. Menangkap di belakang rumah. Nikmat berbudi pada tanah.

Limau kasturi atau calamondin dalam Bahasa Inggeris adalah hibrid antara limau nipis dan mandarin. Dipercayai berasal dari Filipina.

Waktu petang pulang kerja biasanya badan kita lesu. Letih badan undang kita untuk jajan-jajan. Sambil-sambil itu kita berkafein dengan kopi atau teh tarik.

Kaedah ini undang malapetaka. Beri tiket derita untuk diri sendiri. Cipta masa depan yang sengsara.

Apabila stres kita mula ambil makanan ringan. Stres turunkan Vitamin C dalam tubuh. Badan makin lesu.

Elakkan berjajan. Ambil bahan natural. Naikkan tenaga dengan Vitamin C. Ambil limau kasturi.

limau

Boleh cuba di rumah langkah-langkah berikut:

1. Perah limau dalam bekas ais seperti di dalam gambar. Pastikan penuh atau 3/4 penuh
2. Masukkan madu. Gunakan madu stick seperti dalam gambar. Mudah.
3. Simpan dalam freezer.
4. Apabila pulang ke rumah waktu petang, masukkan ais kiub limau kasturi madu ke dalam cawan.
5. Masukkan air panas separuh cawan. Biar ais kiub cair. Minum.

Tak cukup satu letak dua. Tak perlu pening.

Nikmati segarnya. Rasai kuasa limau kasturi. Jumlah Vitamin C dalam limau kasturi mampu cantikkan kulit. Muka jadi glow gitu.

Jangan percaya. Buat jer.

Senior Lecturer di UNIMAS. Pakar OTAK. Berkelulusan Ph.D. Saintis hebat mengkaji perihal tidur dan otak. Ilmunya sarat dan padat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *