, ,

Puji Anak Ok Ke?

Kesan Pujian Pada Otak Anak

Usai mesyuarat aku bergegas ke sekolah. Mahu ambil Maryam. Hari ini Maryam ada kelas ko-kurikulum.

Sampai sekolah kereta sudah berderet. Parkirnya usah cerita. Sakit mata memandang. Hati juga bagai dicucuk.

Aku letak kereta jauh-jauh. Biar berjalan. Itu fitrah.

Didik anak untuk berjalan jauh. Itu tanda kasihan dan kasih. Parkir dekat hanya mandom dan lemakkan anak.

Sedang menunggu terdengar suara memberi salam. Aku sambut salam itu. En M rupanya.

Dia ayah kepada rakan Maryam. Katanya dia suka anaknya berkawan dengan Maryam. Lebih matang dari anak seusianya kata En. M.

Dia terus lahirkan rasa risau. Ini tahun UPSR. Anak En M masih dilihat kurang bermotivasi.

Soalannya macam mana nak panjangkan motivasi? Dah pelbagai teknik dah diguna. Satu puan tidak berjaya.

Masih melanggar tembok. Soalnya lagi, “Puji anak ok ke?”

Hayat Motivasi tidak panjang dengan pujian. Apabila kita puji anak dengan sebut “Pandailah Along. Tahniah!” ia akan jadi racun minda.

Apabila kita beri pujian seperti di atas, kita programkan otak anak kita bahawa berjaya atau gagal ditentu oleh faktor luaran. Bukan dalaman.

Faktor luaran ini akan matikan aktiviti STRIATUM. ini bahagian motivasi di OTAK. Motivasi anak akan cepat padam.

Mereka akan pilih aktiviti yang senang. Mereka cenderung untuk tidak buat apa yang sepatutnya dibuat. Sebabnya? Takut gagal.

Apabila gagal tiada dendangan pujian akan didengar. Lebih baik tidak buat. Mereka tidak akan jadi berani.

Cara yang lebih baik ialah puji USAHAnya. Katakan “Along berjaya ini sebab Along studi kuat ni. Tahniah Along atas usaha kuat Along.” Fokus pada USAHA.

Apabila pujian diberi pada USAHA, ia aktifkan STRIATUM. Aktiviti di STRIATUM akan jadi lebih panjang. Sebabnya? Faktor dalaman menjadi penentu. Bukan luaran.

Faktor dalaman ini akan jadi kekuatan pada anak. Sistem operasinya akan bermula dari diri sendiri. Buka faktor luar. Bukan sebab disuruh.

Anak akan studi atas kemahuan sendiri. Mereka lebih cenderung mulakan inisiatif. Sanggup hadapi cabaran besar. Tidak mudah mengalah.

Konklusinya, puji USAHA bukan sifat. Pandai itu sifat. Rajin itu sifat. Puji CARA kerja mereka.

Fokus pada USAHA dan CARA itu mesra OTAK. Sediakan mereka untuk masa kan datang -Future Brain. Mereka Future Brain kita.

Senior Lecturer di UNIMAS. Pakar OTAK. Berkelulusan Ph.D. Saintis hebat mengkaji perihal tidur dan otak. Ilmunya sarat dan padat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *