, ,

Rahsia Otak Sihat Di Pagi Hari

Amalkan untuk anak-anak

Sebahagian sekolah dah mula. Sebahagian lagi belum buka. Biasanya apabila anak masih bersekolah awal paginya luar biasa sibuk.

Yang peningkan kepala ialah nak sarapan apa? Mudah apabila beli kuih di tepi jalan. Lebih mudah beri anak duit dengan pesan makan di kantin sekolah.

Timbul soalan. Sihatkan makanan di kantin? Baguskan kuih yang dibeli?

Bagi anak yang membesar, otak perlukan nutrien luar biasa. Mereka seharian di sekolah jadi bekalan untuk otak mesti tepat dan sesuai.

Jadi mahu makan apa? Buat telur. Ia ada choline. Nutrisi penting untuk otak.

Minum green tea dan madu. Green tea ada polyphenol anti oksida yang powerful. Green ada L-Theanine untuk bantu fokus.

L-Theanine juga jadikan anak lebih tenang. Suplemen untuk hilangkan anxiety. Bukankah kita mahu anak kita lebih fokus dan lebih tenang?

Guru pasti suka dan sayang. Anak bahagia, kita bahagia dan guru juga bahagia.

Mahu cuba? Yang ada anak dan guru mohon SHARE, LIKE dan TAG. Biar merakyat manfaat.

Senior Lecturer di UNIMAS. Pakar OTAK. Berkelulusan Ph.D. Saintis hebat mengkaji perihal tidur dan otak. Ilmunya sarat dan padat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *