,

Sunnah Komunikasi Rasulullah (baca selawat)

mengenali pembahagian sunnah

Sunnah terbahagi kepada dua. Satu dipanggil Sunnah Tasyri’iyyah. Kedua dipanggil Sunnah Ghair Tasyri’iyyah.

Sunnah Tasyri’iyyah bermaksud sunnah yang disyariatkan seperti sunnah solat, puasa, haji dsbnya. Manakala

Sunnah Ghair Tasyri’iyyah pula sebaliknya. Contohnya seperti Nabi memakan roti, memakai tongkat dan sebagainya. Sunnah Komunikasi pula berada dalam kedua-dua bahagian itu.

Bahagian Sunnah Komunikasi

Sunnah Komunikasi berada dalam dua bahagian sunnah iaitu Sunnah Tasyri’iyyah dan Sunnah Ghair Tasyri’iyyah.

Bentuk pertama adalah prinsip dan hukum dalam komunikasi seperti dalam Surah al-Hujurat ayat 11.

Manakala Sunnah Komunikasi dalam bahagian kedua seperti penggunaan perkataan, pilihan perkataan dan konteks, susunan ayat dan perkataan, prosedur ucapan itu dan sebagainya.

Beza antara Sunnah Komunikasi yang ada hukum fiqah dan sebaliknya adalah:
Nabi Muhammad melarang bersangka buruk dan menyiasat kesalahan peribadi orang lain. – komunikasi ini ada hukum fiqahnya dan dibahaskan oleh para ulama’.

Cara untuk mengelak tidak bersangka buruk dan menyiasat kesalahan peribadi orang adalah dengan tidak bertanya ‘mengapa’.ini adalah teknik komunikasi yang Nabi lakukan.

Tidak ada diterangkan hukumnya dalam Al-Quran dan hadith.

Siri tulisan Sunnah Komunikasi boleh didapati dalam artikel bahagian komunikasi.

Pengkaji hadith dan sirah Nabi dari sudut komunikasi, psikologi dan bisnes. Menulis dalam bahasa yang mudah. Maksudnya jelas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *