,

Sunnah Rasulullah Verbal Hygiene

Bagaimana Rasulullah Bercakap

Seorang sarjana Deborah Cameron mengemukakan satu pendekatan atau aplikasi komunikasi itu ‘Verbal Hygiene’.

Beliau menerangkan bahawa masyarakat perlu ‘membersihkan’ kosa kata mereka supaya dapat mewujudkan satu komuniti yang berwibawa dan maju.

Melalui percakapan dan komunikasi yang bersih, masyarakat akan lebih damai apabila sesebuah komuniti itu menitikberatkan ‘kebersihan’ kata-kata.

Nabi Muhammad (bacalah selawat) seorang komunikator ulung. Melalui kata-kata baginda, orang di sekeliling terus terpengaruh dan percaya. Tambahan pula peribadi baginda yang memang dikenali sebagai orang yang berwibawa dan profesional dalam berkomunikasi.

Melalui pertuturan Nabi Muhammad, kita dapat membuat hipotesis bahawa Nabi Muhammad tentu memilih perkataan yang betul dalam berkomunikasi supaya kesan dan pengaruh ucapan baginda dapat dicapai pada tahap maksimum.

Pengkaji hadith dan sirah Nabi dari sudut komunikasi, psikologi dan bisnes. Menulis dalam bahasa yang mudah. Maksudnya jelas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *