,

Ulama’ Bukan Satu Kerjaya

Berbual dengan orang bujang tentang jodoh. Beliau bercerita tentang seorang lelaki yang mahu mengahwininya.

Lelaki itu berkata kepadanya, “Apabila kita nikah, saya hanya mampu berikan awak seratus sahaja sebulan.”

Saya tanya, “Kenapa dia cakap begitu?”.

Wanita itu menjawab, “Entahlah, katanya mahu jadi ulamak.”

“Kah, kah, kah, kah…”, Ketawa saya seperti tidak berpenghujung.

Sahabat bujangan sekalian, tidak mengapa seandainya saudara hanya mampu sekadar itu dan pasangan dapat menerima seadanya.

Tetapi menyandarkan asbab nafkah itu atas nama ulama’, ia satu kesilapan. Ulama’ bukanlah satu kerjaya, ia juga tidak mendatangkan keuntungan duniawi.

Ulama’ sebenar tidak akan mengaku secara peribadi mereka ulama’. Walaupun ada persatuan, kesatuan, organisasi atas nama ulama’, andai kita bertanya secara peribadi, mereka tidak akan mendabik dada mengaku ulama’.

Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi dalam satu peristiwa ada dalam kalangan pelajar beliau memanggil beliau dengan panggilan ‘Allamah. Ia lafaz yang tinggi bagi panggilan kepada ulama’.

Prof Dr Yusuf berkata, “Jangan memanggil saya demikian, saya juga penuntut ilmu seperti saudara.”

Buat sahabat bujangan.
Jadilah suami yang sebaiknya kepada pasangan. Usahalah sedaya mampu.
Tidak kiralah apa jua kerjaya kita. Andai pasangan menerima seadanya, kita akan bahagia.

Nabi Muhammad Sollahu ‘Alayhi wa Sallam berkata, “Ihsan itu pada setiap sesuatu.”

Ya, ihsan pada setiap perkara yang kita lakukan pada setiap masa.

Pengkaji hadith dan sirah Nabi dari sudut komunikasi, psikologi dan bisnes. Menulis dalam bahasa yang mudah. Maksudnya jelas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *