,

Ustaz, Lucah dan Lawak.

Kebanyakan penceramah agama yang digilai ramai lazimnya mempunyai dua elemen ini atau salah satu sahaja iaitu lawak.

Elemen utama adalah lawak. Orang awam suka ceramah yang memang lawak pecah perut. Katanya boleh hilang mengantuk. Untuk hilang mengantuk kita tidur sahaja.

Tambahan pula, apabila menggunakan lucah itu sebagai lawak. Lucah itu sebenarnya subjektif berdasarkan budaya, bangsa dan kandungan ucapan. Terdapat maklumat dalam buku ilmiah menerangkan perkara berkaitan seksualiti. Ia tidak dianggap lucah apabila kita serius belajar.

Suatu hari, seorang wanita berjumpa Nabi Muhammad Sollahu ‘Alayhi wa Sallam dan bertanya tentang cara membersihkan darah haid. Nabi Muhammad berkata, “Bersihkan di tempat itu dan letakkan wangian.” Perempuan itu berkata, “Bagaimana caranya?”

Nabi Muhammad menjawab, “Bersihkan di tempat itu dan letakkan wangian.” Perempuan itu berkata, “Bagaimanakah caranya?” Nabi Muhammad berkata, “Subhanallah! Bersihkan di tempat itu dan letakkan wangian.” Lalu Aisyah menarik tangan perempuan itu dan mengajarkan cara-caranya. – Sahih al-Bukhari

Nabi Muhammad boleh sahaja mengucapkan kata-kata yang agak lucah untuk tujuan mengajar wanita itu. Tetapi tidak juga, sehingga Saidatina Aisyah terpaksa menarik pergi wanita itu pergi untuk mengajarkan cara-caranya.

Untuk membuat lawak, tidak perlu menjadi fokus utama, cukuplah sekadar penyedap rasa sahaja. Kita tidak mahu audien lebih mengingati lawak berbanding ilmu yang kita sampaikan. Apatah lagi hal-hal lucah pula.

Setiap ucapan kita dihitung Allah satu persatu. Walau sepatah dua, ia tetap dikira.

“Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.”

Surah al-Zalzalah ayat 7 dan 8.

Untuk membuat lawak, tidak perlu menjadi fokus utama, cukuplah sekadar penyedap rasa sahaja. Kita tidak mahu audien lebih mengingati lawak berbanding ilmu yang kita sampaikan.

Pengkaji hadith dan sirah Nabi dari sudut komunikasi, psikologi dan bisnes. Menulis dalam bahasa yang mudah. Maksudnya jelas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *